Taburan Kakaktua Jambul Sulfur

Di Australia, Kakaktua Jambul Sulphur boleh didapati dengan meluas di bahagian utara dan timur, sehingga sejauh Tasmania di selatan. Ia bagaimanapun menjauhi kawasan gersang tanah besar yang mempunyai sedikit pokok. Kakaktua Jambul Sulphur juga membiak dengan baik di kawasan bandar seperti di Adelaide, Melbourne, Canberra, Sydney dan Brisbane. Kecuali kawasan tanah tinggi, Kakaktua Jambul Sulphur juga ditemui di kebanyakan kawasan di New Guinea dan pulau-pulau yang berhampiran seperti Waigeo, Misool dan Aru, dan pelbagai pulau di Teluk Cenderawasih dan Teluk Milne.

Terdapat empat subspesies yang dikenal pasti;

  1. C. g. triton (Temminck, 1849) ditemui di New Guinea dan pulau-pulau berhampiran,
  2. C. g. elenora (Finsch, 1867) terbatas di Kepulauan Aru yang terletak di antara Australia dan New Guinea,
  3. C. g. fitzroyi (Mathews, 1912) di utara Australia bermula di Australia Barat sehingga ke Teluk Carpentaria
  4. dan subspesies yang dicadangkan C. g. galerita yang mana ditemui di Tanjung York ke Tasmania.[1]